Catatan

DUNIA WANITA SEMPURNA

Imej
Wanita Hari Ini... Kecantikan dan kaum hawa sememangnya tidak boleh dipisahkan. Kerana mengejar kecantikan luaran, ramai yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan diri mereka nampak cantik seperti yang diimpikan. Justeru ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk kelihatan lebih cantik biarpun terpaksa melalui kesakitan dalam tempoh masa yang lama. Bagi sesetengah orang pula, suntikan menjadi pilihan untuk memastikan kulit sentiasa cantik dan wajah sentiasa tegang. Bagaimanapun, bagi mereka yang kurang bernasib baik, pembedahan dan suntikan yang di buat akan memakan diri dan kadang kala rupa paras akan kelihatan lebih teruk berbanding yang asli. Namun bagi sesetengah wanita, mereka lebih gemar menggunakan cara yang lebih semula jadi bagi menggelakkan kesan jangka panjang yang akan dialami selepas ini. Apa pengertian cantik dan sihat bagi wanita? Bagi wanita cantik dan sihat itu adalah perkara yang saling berkaitan, kalau kita tidak sihat, secara tidak langsung wanita tidak akan k